Kerajaan tidak akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau cukai baharu yang lain bagi meningkatkan pendapatan untuk membantu pembayaran hutang negara yang mencecah RM1.5 trilion.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, kerajaan akan mencari pendekatan lain termasuk mengurangkan subsidi kepada kumpulan t20 bagi melakukan penjimatan perbelanjaan.
